Saturday, June 16, 2012

Payphone

Assalamualaikum!! :D

Setiap kali dengar lagu payphone mesti teringat dekat someone ni. We have been friend for about 6 year until now.unik x uniknya kitaorng kenal melalui public phone.

Alkisahnya macam ni.time on the way balik balik ke asrama time prep petang,tetiba dengar "kring,'kring".Ingatkan ada hp yg terjatuh ke.Rupa-rupanya public phone kt pintu nak masuk asrama bunyi. Time tu saya dengan Ieda teragak2 nak angkat sebab time tu kan tengah ada rumor pasal no. tel  yang panjang berjela-jela pastu konon2 sapa yang angkat kena ilmu hitam.hahaha.bila fikir balik macam x logik je. :p

Sy ni kan jenis x kisah nk cakap dengan sapa2 pown.(via phone jela.kalau depan2 kecut gak. :p) Kiranya sy la yang angkat public phone tu.

Saya: "Hello?"

Caller: "Assalamualaikum.ni kat mana ye?"

Saya: **Fuh,nasib perempuan dan x ckap indon. :p "Waalaikummusalam.Sini MRSM Pengkalan Chepa.ni         sapa?nak cakap dengan sapa?"

Caller: Oh,ni bukan tempat **** (dah lupa dia tanya tempat apa)

Saya: "Eh,tak.bukan,bukan.ni salah tempat ni.ni public phone kt MRSM.Sori.Awak salah call nombor ni."

Caller: "Eh,yeke?cmne public phone boleh ada orang angkat??"

Saya: "hahaha.Saya pun tengah bingung ni.Baru tau Public phone ni blh bunyi kring kriing"

Caller: "Hehehe.saya pun baru tau.

Saya: "Kalau camtu,takpela ek.sy nak masuk asrama dah ni."

Caller: "jap,jap.nama awak sapa ek?Boleh tak saya nk nombor phone awk?"

Saya: *ada gak ragu-ragu nak bagi.tp disebabkan perempuan.bagi la no hp.017-*******.no awk?

Caller: "019-*******.oh lupa nak bagitau.sy Trah.Awak? "

Saya: "Saya Izzati.Panggil zati je.Nanti awk miskol sy ek? "

Trah: "Ok,ok.nanti sy miskol awk ek."Assalamualaikum.

Saya: "Waalaikumussalam"


Sampai je kat bilik,dapat 1 miskol."TRAH!!"

Sejak dari tu kitorang selalu contact.bincang pasal pelajarn.tukar2 kertas soalan.Trah Sekolah agama kt Kuala Terengganu.So,dapatla variasikan soalan-soalan exam.heee.kadang-kadang kitaorng pos2 hadiah.so sweet kan? :p

Sekarang ni trah Tahun 3 medic dekat USIM.Sejak cuti ni,asyik terbayang memori sepanjang kitaonrg berkenalan.ada suka ada duka.Honestly from myself.Trah is the person that always inspire me to study hard.When I feel so down about the result,she always call me and give inspire word and make me smile again.kadang-kadang tu boleh gayut sampai 2 jam lebih.lepas sy abes kredit,Trah pulak akan kol.kalah gewe.hehe. :p
Kitaorng selalu discuss soalan Add math dengan physic.haha.dahla dalam phone,memang berdesing telinga time bincang sebab lama sangat.yela.nak explain step by step Add Math ingat senang?senang bagi org yg terorla.bagi sy,add mathla antara subjek yg sy x suka.huhuhu.dahla fail time 1st test form 4.naseb baik sekali je.tp x pernah plak dapt A walaupun berusaha camne.Tp alhamdulillah,time SPM ok.hee.

Currently she is preparing for her Pro Exam.Lepas raya dia akan masuk clinical year and the 1st posting is surgery.Last week,she had message me and ask me to pray for her.InsyaAllah.Semoga awk lulus dengan cemerlang Trah dalam pro.Tak sabar nak share experience clinical year sama-sama dengan awk. :)









Gambar ni snap kat Mydin Mall,K.Terengganu.Kebetulan time tu ada urusan kt Kuala Terengganu.Tak plan pun nak jumpa tiba-tiba Trah muncul depan pintu masuk Mydin Mall.Oh,Trah.awk sokmo full of surprisela.Time ni pun kulit penuh dengan jerawat+ chubby.haha.Time ni segan betul jumpa Trah sebab dia nampak baik sangat2.dengan tudung labuh,baju labuh,seluar longgar,berstokin.Segan betul la. T___T sebab sy pakai jeans dengan tshirt.Time ni kitaorng sembang2 kejap je sebab ma dengan abah nak balik Besut dah.Rumah Trah dekat je dengan Library Kuala terengganu yg besar dan cantik tu.heee.tapi x pernah jejak kaki pun lagi situ.tau pun sebab dy yg bagitau.hehehe.


“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)"


Trah,Saya sayang awak sangat2!!!Awak adalah antara insan yang hadir dalam diri saya yang membentuk siapa saya pada hari ini. :')


P/s:Saya tunggu majlis walimatul urus awk dengan si dia. :)

Thursday, June 14, 2012

Jumaat.


Assalamualaikum. :)


Today is friday.Friday is the day that most people waiting for it kan?kalau pantai timur,sebab cuti.kalau kat pantai barat,jumaat merupakan hari last sebelum weekend.hee.setiap hari jumaat,berkobar-kobar semangat nk pegi kelas sebabnya esok tu sabtu.CUTI!!!hahaha.banyak kelebihan hari jumaat ni.jom kita listkan satu-satu. :

1)Berlaku hari kiamat. 
   benda ni ustaz@ustazah ajar kan.dalam buku teks pun ada.ingat lagi time kecik2 dulu,setiap kali hari Jumaat mesti duk pk "Alamak,Jumaat la.bila ek nak berlaku kiamat?" takut kot.bila kita fikir pasal kiamat,mesti duk terbayang dalam kepala langit menjadi sangat gelap dan bergulung-gulung,tanah merekah,manusia lari lintang pukang,ibu yang mengandung terus gugur.time tu semua manusia dah x pedulikan hal orang lain.masing-masing hanya duk fikir pasal diri sendiri.So scary.Eh,hari ini hari jumaat?So,bila ek bakal berlaku?

2)Nabi Adam diciptakan dan disingkirkan dari syurga.


3)Pengulu segala hari(saidul aiyam)
  Hari jumaat ni special sebabnya segala apa yg kta lakukan pada hari ini dgn nawaitulillahitaala,InsyaAllah ganjaran yg diberikan lebih berbanding dengan hari-hari biasa.erm,hari ni nk buat apa ek? :D

4)Selamat dari fitnah kubur sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat.
Nabi SAW pernah berkata: "Tidak ada seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat melainkan di selamatkan oleh Allah dari fitnah kubur"
   Harapan: Semoga saya dihentikan nafas pada hari yg mulia ini.

5)Memotong kuku 
   Dari kecik sampai sekarang,hari Jumaat sinonim dengan potong kuku.betul x?memang sejak dari kecik lagi,setiap Jumaat mesti abah akan suruh potong kuku pagi Jumaat.Antara kelebihan potong kuku hari Jumaat ini,dapat membuang penyakit.Tapi sy baru potong semalam.huhu.sebb kuku panjang sgt.bila garu-garu kepala sakit.hohoho.ok.lepas ni potong kuku hari jumaat.nak buanng segala penyakit. :)





   6)Makbul doa antara dua khutbah.
      Yang ni pun kita ada belajar sejak sekolah.antara waktu yang mustajab untuk berdoa.Maksud antara dua khurbah tu ketika imam sedang duduk antara khutbah yang pertama dan kedua.to the gentlemen,you are lucky to have this opportunity.Waktu zaman sekolah dulu-dulu,setiap kali nak exam,jumaat before minggu exam selalu ada perasaan teriginnya nak pegi join sembahyang jumaat,dengar khutbah.sebab nak doa antara dua khutbah ni.tp memang x dapatla sebab orang perempuan x sembahyang Jumaat.Tetiba terfikir,kenapa perempuan xley sembahyang Jumaat ek?rasanya dulu ada someone bgtau the reason,tapi dah lupa.ish,ish.Izzati,Izzati. =_='

haaaa.ni list 12 waktu mustajab untuk doa selain antara dua khutbah:

a) Ketika LailatulQadar(puasa dah x lama ni.jom mencari lailatul qadar :)
b) Ketika hujan
c) Ketika memulakan solat dan selepas menunaikan solat.
d) Ketika menghadapi barisan musuh di medan perang.
e) Di tengah malam
f) Di antara azan dan iqamah.
g) Ketika sujud dalam solat
h) Ketika iktidal akhir dalam solat
i) Ketika khatam ( tamat ) membaca 30 juz Al-Quran
j) Sepanjang malam, paling utama sepertiga awal dan sepertiga akhir (waktu sahur).
k) Malam Jumaat dan sepanjang Jumaat kerana mengharapkan berjumpa dengan saat yang terletaknya di antara terbit fajar hingga terbenam
matahari hari Jumaat.
l) Di antara waktu zuhur dan Asar








Today is Friday,let together we do it.Semoga istiqamah kerana manusia sering lalai.Peringatan untuk diri sendiri yang tersangat-sangatla lemah.

Saturday, June 9, 2012

Peringatan.





Peringatan untuk diri sendiri jugak yang kadang-kadang leka.


"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah". Ketahuilah dengan "zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia. (13:28)

Unexpected



Haha.X terbayang dalam kepala dapt invitation cmni."briliant result".rasanya xdela briliant sgt.tadi gelak macam apa dah dengan fifi bila sama-sama baca word "briliant result".adohaiii.apa-apa pown,memang xnak ambik AMS(Advanced Medical Science) walapun nampak gah sapa2  yang ambik AMS ni.SY NAK HABIS STUDY CEPAT_CEPAT DAN MAU KAWEN. :p

x tawla total up berapa orang yg dapat tawarn ni.yg sy tau fifi,min,raihan,nurul anis,fadhli.tu je.
Sy menyokong sapa-sapa yang amek AMS ni.beruntung sebab bakal konvo dengan 2 sijil.mana ada orang konvo dengan dua sijil.ye dok?

*dalam hati ada terdetik jugak nak amek.tp cket je la.x luak mana pown "rasa" tu.hehe.tak sabar nak abes study cepat2!!!! :D

Post kenduri.

 Assalamualaikum. :)

kenduri aka bekwoh memang penat.penat sangat2.tp best sebab dapat jumpa sedara-sedara yang duk jauh.ngeee.tp x smpt nk snap pic ngan dyorng.just sembang2."Belajar mana?" "Bila nak abes blajar?" "Cuti lama mana?" "Nak KAWEN bila?' Eh,eh.ada soalan kawin?haha.lambat lagi makcik,pak cik,kakak,abang.sy lagi 2 tahun nak abes.ngee.

di sebabkan saja nak menyibukkan diri untuk merasa persiapan kenduri,dengan ini di istiharkan duk rumah tok ayah 3 hari 2 malam.lamaaaa woo.sebelum ni x pernh tido rumah tok ayah lama2.berapa jengkal je rumah dgn rumah tok ayah.hehe.kazensss si kecik tu pown tido skali.punyla excited bila tau sepupu dy yg sorang ni nak tido rumah tok ayah jugak.kecik lagi dua-dua ni.sorang 10 tahun,sorang 9 tahun.badan masing-masing macam budak pra-sekolah.betul!kakak dengan adik,kenapala orang makan cket sgt.kan dah underweight.kesian kak long tgk. :)

flower-flower girl.girl la sangat kan.dah tua bangka dah izzati oi. :p

Menyapu daun2 kering di pagi hari tanpa mandi terlebih dahulu.haha. *sakinah,9 tahun.





Pinkish sheepy in the house bebeh!






Ayah Ad dan Che Sue.Semoga Bahagia hingga Syurga.Barakallah. :)




Penat jadi tukang bagi door gift ni.nak tercabut lutut,berbintang-bintang mata nak tgk sapa yg x dapt lagi door gift.naseb baek ada si kecik untuk tolong.Malam tu terus tumbang tanpa menghiraukan kedatangan bokbong?eh,bokbong?haha.*hantu.ni bahasa si kecik yg memamg takut giler kalu dgr orang duk sebut2 bokbong.haha.




Tuesday, June 5, 2012

Kenduri sakan

Assalamualaikum. :)

Semua orang dah maklum,sekarangkan cuti sekolah.memamg event wajib time cuti sekolah la kan.KENDURI sana sini.hoho.best2.sebab time ni la dapat mengeratkan hubungan dengan sedara mara yang selama ni renggang.kata medical student.dapt cuti selama ni pown paling panjang 2 minggu.kalau x salah la.event yang menarik time cuti ni by childhood's friends been engaged and my uncle(Ayah Ad) married!!congratulation to both of you. :)

tumpang hepi untuk diaorang bcoz make a step more in their life.Barakallah Ayah Ad.semoga dirahmati allah selalu.Now, just tinggal seorang lagi my uncle yg belum kawin.ayah je!cepat2 wat FYP tu.nnti bila dah beli swift comeyy itu bolahla pk nak cari bini plak.haha. :p

balik ni ada benda best happen,ada gak benda x best.huuuu.yang x best,tu memang x best betul.but nasib baik ada aisyah yg bagi peringatan:

‎"bersabarlah..semoga sabarmu itu mnjadi pemadam api di akhirat kelak, pmberat timbangan.insyaALLAH=) "
**tq aisyah!sampai sekarang sy pegang kata2 ini. :')


betul kan cakap aisyah.setiap perbuatan kita ada balasannya.bersabar ek Nur Izzati Mohd Amran.Allah sentiasa bersamamu. :')

YaAllah i feel very intense in this condition.Please make it ease for me to face it.


Sesungguhnya Allah sentiasa bersama walapun tiada orang lain di sisi kita. :')