Assalamualaikum!! :D
Setiap kali dengar lagu payphone mesti teringat dekat someone ni. We have been friend for about 6 year until now.unik x uniknya kitaorng kenal melalui public phone.
Alkisahnya macam ni.time on the way balik balik ke asrama time prep petang,tetiba dengar "kring,'kring".Ingatkan ada hp yg terjatuh ke.Rupa-rupanya public phone kt pintu nak masuk asrama bunyi. Time tu saya dengan Ieda teragak2 nak angkat sebab time tu kan tengah ada rumor pasal no. tel yang panjang berjela-jela pastu konon2 sapa yang angkat kena ilmu hitam.hahaha.bila fikir balik macam x logik je. :p
Sy ni kan jenis x kisah nk cakap dengan sapa2 pown.(via phone jela.kalau depan2 kecut gak. :p) Kiranya sy la yang angkat public phone tu.
Saya: "Hello?"
Caller: "Assalamualaikum.ni kat mana ye?"
Saya: **Fuh,nasib perempuan dan x ckap indon. :p "Waalaikummusalam.Sini MRSM Pengkalan Chepa.ni sapa?nak cakap dengan sapa?"
Caller: Oh,ni bukan tempat **** (dah lupa dia tanya tempat apa)
Saya: "Eh,tak.bukan,bukan.ni salah tempat ni.ni public phone kt MRSM.Sori.Awak salah call nombor ni."
Caller: "Eh,yeke?cmne public phone boleh ada orang angkat??"
Saya: "hahaha.Saya pun tengah bingung ni.Baru tau Public phone ni blh bunyi kring kriing"
Caller: "Hehehe.saya pun baru tau.
Saya: "Kalau camtu,takpela ek.sy nak masuk asrama dah ni."
Caller: "jap,jap.nama awak sapa ek?Boleh tak saya nk nombor phone awk?"
Saya: *ada gak ragu-ragu nak bagi.tp disebabkan perempuan.bagi la no hp.017-*******.no awk?
Caller: "019-*******.oh lupa nak bagitau.sy Trah.Awak? "
Saya: "Saya Izzati.Panggil zati je.Nanti awk miskol sy ek? "
Trah: "Ok,ok.nanti sy miskol awk ek."Assalamualaikum.
Saya: "Waalaikumussalam"
Sampai je kat bilik,dapat 1 miskol."TRAH!!"
Sejak dari tu kitorang selalu contact.bincang pasal pelajarn.tukar2 kertas soalan.Trah Sekolah agama kt Kuala Terengganu.So,dapatla variasikan soalan-soalan exam.heee.kadang-kadang kitaorng pos2 hadiah.so sweet kan? :p
Sekarang ni trah Tahun 3 medic dekat USIM.Sejak cuti ni,asyik terbayang memori sepanjang kitaonrg berkenalan.ada suka ada duka.Honestly from myself.Trah is the person that always inspire me to study hard.When I feel so down about the result,she always call me and give inspire word and make me smile again.kadang-kadang tu boleh gayut sampai 2 jam lebih.lepas sy abes kredit,Trah pulak akan kol.kalah gewe.hehe. :p
Kitaorng selalu discuss soalan Add math dengan physic.haha.dahla dalam phone,memang berdesing telinga time bincang sebab lama sangat.yela.nak explain step by step Add Math ingat senang?senang bagi org yg terorla.bagi sy,add mathla antara subjek yg sy x suka.huhuhu.dahla fail time 1st test form 4.naseb baik sekali je.tp x pernah plak dapt A walaupun berusaha camne.Tp alhamdulillah,time SPM ok.hee.
Currently she is preparing for her Pro Exam.Lepas raya dia akan masuk clinical year and the 1st posting is surgery.Last week,she had message me and ask me to pray for her.InsyaAllah.Semoga awk lulus dengan cemerlang Trah dalam pro.Tak sabar nak share experience clinical year sama-sama dengan awk. :)
Gambar ni snap kat Mydin Mall,K.Terengganu.Kebetulan time tu ada urusan kt Kuala Terengganu.Tak plan pun nak jumpa tiba-tiba Trah muncul depan pintu masuk Mydin Mall.Oh,Trah.awk sokmo full of surprisela.Time ni pun kulit penuh dengan jerawat+ chubby.haha.Time ni segan betul jumpa Trah sebab dia nampak baik sangat2.dengan tudung labuh,baju labuh,seluar longgar,berstokin.Segan betul la. T___T sebab sy pakai jeans dengan tshirt.Time ni kitaorng sembang2 kejap je sebab ma dengan abah nak balik Besut dah.Rumah Trah dekat je dengan Library Kuala terengganu yg besar dan cantik tu.heee.tapi x pernah jejak kaki pun lagi situ.tau pun sebab dy yg bagitau.hehehe.
“Jika seseorang itu sayang kepada sahabatnya maka hendaklah dia beritahu bahawa dia menyayanginya.” (Riwayat Abu Daud)"
Trah,Saya sayang awak sangat2!!!Awak adalah antara insan yang hadir dalam diri saya yang membentuk siapa saya pada hari ini. :')
P/s:Saya tunggu majlis walimatul urus awk dengan si dia. :)
so sweet... :)
ReplyDelete