Assalamualaikum.
Lamenya tak update.tetiba takde semngat nak update lepas continously post.heeee.bukak2 fb pagi ni,terbaca 1 note.let me share the notes with other people. :)
"Jangan sesekali engkau cepat menilai seseorang melalui kehidupan dunianya, mudah buat keputusan dengan pandangan mata kita sahaja."
Jangan mudah menyangka jika seseorang itu telah bersalah dan berdosa, seorang itu cukup hina malah akan terus begitu selama-lamanya..kita mudah sekali memandang sinis dengan sebelah mata akan mereka...
Dan janganlah pula menganggap diri itu lebih baik dan mulia berbanding mereka dengan perbandingan ke'aliman dan kebaikan jiwa kita..Merasakan diri itu cukup baik dan disayangi Allah Ta'ala.
Kerana kita masih belum tahu akan masa depan tentang hakikat dirinya dan juga diri kita..tak mustahil jika ia akan bertukar sebaliknya..
Sesungguhnya hidayah itu tetap milik Allah, jangan sesekali kerana hidup dengan kebaikan kita hidup dan kemegahan...
Ingatlah keburukan orang yang jahil ialah melakukan kemungkaran disebabkan kejahilannya, akan tetapi keburukan orang yang baik dan berilmu adalah apabila dia suka dan gemar bermegah dan berbangga atas segala yang dia miliki terutama ilmu pengetahuan dan kebaikan serta amalannya.. Mereka merasakan dirinya mulia berbanding orang lain.. Itulah salah satu bentuk ujian keimanan bagi hamba-hambaNya...
Sedarilah akan hakikat semua kebaikan diri kita adalah berkat bimbingan dan hidayahNya...Tanpa hidayahNya, kita juga akan seperti mereka. Tiada apa yang perlu dibangga, namun bawalah seluruh insan samada baik mahupun buruk bersama2 dengan kita, agar sama-sama menerima rahmatNya di akhirat sana. Dan sepatutnya diri kita lebih merendah diri dan zuhud akan kurniaanNya, kerana kita sudah diberikan hidayahNya untuk terus menerus melakukan amal kebaikan dan ibadah kepadaNya, namun jika ada ibadah yang tertinggal dan sengaja meninggalkannya, bererti kita lebih hina daripada mereka yg belum mendapat hidayahNya..
Maka sebaik-baiknya, jangan sesekali mencemuh mereka, namun biarlah seiring berusaha untuk menyedarkan mereka dan berdoalah agar mereka juga turut menerima hidayahNya..wallahu'alam~
"Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mahu menerima petunjuk.” (QS Al Qashash: 56).

read and think.Allah Maha Pengampun dan Maha Penyayang. :)
No comments:
Post a Comment